Thursday, August 30, 2012

Let's enjoy!

哎呀哎呀!竟然几个月没有写部落格了!是我懒惰,还是我真得那么忙?

面对着trial的我,竟然不会感到丝毫紧张=.=

考完trial后都差不多九月尾了,还有一个多月就要毕业了咯!><

说真的,是舍不得朋友们啦!><

毕业后,我们还会记得对方吗?

就算以后再相见,我们之间还有话题吗?

我不敢相像下去。

算了,与其白担忧,倒不如好好地享受生下来的校园生活。

珍惜与朋友度过的每份每秒,为年少的自己留下最动人的记忆 。

Let's enjoy!

Sunday, August 12, 2012

Cara-Cara Memperkuasa Sektor Pertanian Di Malaysia

Ketika merasmikan mesyuarat agung Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) ke-30 pada hujung tahun lalu, Perdana Menteri yakin bahawa sector pertanian akan menjadi sumber pertumbuhan ekonomi negara yang baru.
          Selepas beliau melahirkan iltizam tersebut, maka kerajaan pimpinan beliau telah menggerakkan pelbagai langkah kea rah itu. Antara langkah awal yang diambil adalah mengadakan pakej insentif, pengurangan risiko pelaburan dan kemudahan kredit aliran tunai, di samping menyediakan infrastruktur yang secukupnya. Dengan ini, kerajaan menunjukkan kesediaan untuk member jaminan bagi mempertimbangkan langkah-langkah baru untuk menarik minat pelabur dan pengusaha pertanian sama ada yang besar mahupun yang kecil dan sederhana.
          Bagi meluaskan pasaran produk pertanian dan makanan tempatan ke luar negara, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menempatkan tujuh pegawai perwakilan atau Atase Pertanian di tujuh buah negara terpilih. Langkah tersebut selaras dengan proses globalisasi perdagangan antarabangsa bagi membolehkan penerokaan pasaran baru bagi hasil pertanian. Antara negara yang terbabit ialah Belanda, Emiriyah Arab Bersatu, China, Thailand, Australia, Jepun dan Amerika Syarikat.
          Jika sector pertanian mahu dijadikan sebagai sumber pertumbuhan baru, semua pihak di Malaysia harus memanfaatkan bidang bioteknologi dalam sector pertanian. Hal ini demikian kerana bioteknologi diiktiraf sebagai satu daripada pemacu utama pembangunan negara pada masa kini dan masa hadapan. Sikap keterbukaan Malaysia untuk belajar membangunkan sektor ekonomi dengan meniru dan mengadaptasi idea dan teknologi luar, terutamanya dalam proses pengeluaran barangan perindustrian berasaskan pertanian akan mampu mancapai kejayaan dan kemakmuran dalam sektor ini dengan menghasilkan produk yang dicipta oleh rakyat tempatan bercirikan Malaysia.
          Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu menarik golongan tenaga professional dan kreatif yang telah menyumbang pengetahuan, kepakaran, dan idea mereka kepada negara luar supaya segera pulang ke negara ini. Golongan ini amat diperlukan untuk membantu menghasilkan barangan berjenama Malaysia. Kerajaan juga akan menaikkan taraf institut pertanian bagi melahirkan usahawan tani yang berdaya maju. Usahawan ini diharapkan mampu melahirkan lebih banyak industri hiliran dan jenama produk Malaysia. Kementerian Pertanian dan Asas Tani juga diharapkan akan memainkan peranan utama sebagai penggerak dan pemudah cara dengan kementerian-kementerian lain termasuk Perbendaharaan.
          Secara konklusianya, semua pihak harus berusaha memperkasa sektor pertanian di negara kita supaya negara kita terjenama dalam sektor pertanian. Sektor pertanian adalah afdal bagi sebuah negara kerana sektor ini adalah sebuah saluran pendapatan eksport kepada negara kita selain memenuhi keperluan rakyat Malaysia. Sebagai rakyat negara ini kita harus berasa megah dan bangga jika kita berjaya mempertingkatkan sektor pertanian di tanah air kita iaitu Malaysia.